Wednesday, 1 May 2019

EGO

Dah tulis panjang-panjang tadi, tapi delete balik. Sebab rasa tak perlu nak cerita apa berlaku.

Cuma cukuplah tahu, fikir positif dengan orang lain. Jangan asyik negatif tengok orang ja tak okey.

Tengok kita, apa kita buat kat orang,  orang selalu ingat kat kita. Kita ja cuma tak perasan, tak nampak di belakang orang sayang kita bagai nak rak.

Tapi ego kita, melebihi segalanya sampai tak nampak kebaikan orang buat, berhembur orang sesuka hati tanpa fikir hati dan perasaan orang.

Fikir dan hadam balik apa yang diucap, kadang yang diucap tu tak terlintas pun dihati dia, dan AWAK DAH SALAH MENILAI. 

Kadang itu yang membuat orang terasa dengan kita, tapi orang TAK ambil KISAH. Sebab Silaturrahim lebih dari segalanya.

Walaupun terkecil hati dan terguris, orang senyap sebab taknak benda benda besar berlaku. Tapi cuba reflect pada diri balik, "AKU EGO" sebab tu aku tak fikir hati orang lain. Tak ambil peduli hati orang lain. Cakap main lepas sesuka hati.

Cukuplah aku cuba menjadi terbaik untuk semua. Jaga hati supaya orang tak terasa dengan kita. Tapi Orang cakap lepas dengan kita dan hati dikoyak koyak tanpa fikir apa yang diucap tu SALAH.

Barakallahufikum..

Maafkan saya. Saya dah cuba terbaik jaga hati semua orang sekeliling..

Saya punya kekurangan jauh lebih banyak daripada awak dan awak yang terbaik.

1 May 2019

2 comments: