Sunday, 15 January 2017

Perasaan

Manusia.

Ada perasaan.

Kekadang sakit dengan sekeliling. Lihat orang yang kita sayang tinggalkan kita dan sayang orang lain, hidup dengan orang lain.

Sebab itu, kita jangan letakkan pengharapan kepada manusia. Letakkan pengharapan kepada Allah .
Kalau nak dia doa . doa. doa. Minta dengan Allah.
Kalau ada jodoh adalah.
Kalau takda mungkin ada yang lebih baik Allah aturkan.

Kalau sayang, jangan sayang sangat.
Kalau benci, jangan benci sangat.
Kelak yang benci jadi sayang, yang sayang akan jadi benci .
Tu la sebab kenapa kita kena berada kat tengah-tengah. Tak terlalu sayang dan tk terlalu benci.

Kalau lah kita sayang seseorang tu sangat sangat, kemudian hari, si dia tinggalkan kita begitu je ? sebab ad yang lain ?
Mesti sakit hati kan ?
Nangis siang dan malam .
Makan tak lalu. tido pun fikir benda tu je.
Haa. Parah ni . Membe sya pun banyak jenis camni. bila putus, nangis je sampai bengkak mata. Sayang, kalau nangis sampai keluar air mata darah pun, bila dia dah dengan orang lain, redhakan . lepaskan dan move on.

Ramai lagi yang lain awak. yes. tipulah kata awal2 tak sedih, tapi jangan terlampau bersedih sampai anaiya diri sendiri.Sayang diri tu ye.

Dah lepas, lepaskan. Doakan je dia bahagia. Mungkin awak punya Allah aturkan jauh lebih baik dari yang awak sangkakan.

Dah. takyah sedih2. Gembira selagi bernyawa ni.

Mungkin ayat yang akan keluar "kau apa tau, kau tak rasa"

Ye, dia tak rasa sebab itu masalah awak, tapi kena yakin dan percaya, Allah jauh aturkan yang lebih sempurna. Perancangan Allah lebih hebat dari yang kita aturkan.

Kata-kata dan nasihat kawan tu amat berguna. Apa yang dia pesan semua untuk kita. Kebaikan kita, dia nasihat kawan dia selagi boleh. Nilah teman yang perlu untuk kita.

Didik hati sentiasa redha, inshaAllah Allah permudahkan urusan.
Soal hati serah pada Allah. Kita usaha setakat yang mana boleh . Dah usaha pilih orang yang kita nak, tapi dia memilih orang lain tetiba, serahkan pada Dia . Dia yang membolak balikkan hati sesorang tu. Jadi dengan doa adalah penyelesaian kepada semua permasalahan.

Have faith 😊
Syukur selalu.
Senyum selalu.
Hidup ada tujuan.
Jangan rosakkan harapan.

----------------------------------------

Ramai antara kita mengeluh bila disapa ujian Tuhan .
Rasa berat, bukan?
I’m going to tell you this;
Bahagia atau duka—
Kuncinya kau yang pegang .
Jika kau benarkan kesedihan bersarang dalam jasad dan dada,
Maka duka lah yang kau bakal hadap.
Tapi jika bahagia yang kau pilih,
Maka tenang lah yang kau akan rasa .
So,
Choose the way you live, right now.
Because no one can decide it for you.
But you,
Yourself.
Being happy or not is our choice .

- irasyahira-

No comments:

Post a Comment