Sunday, 14 February 2016

Short Vacation -Pulau Pangkor

hyep . Assalamualaikum . haa, 

Haritu tak sempat lagi update sal short vacation kat Pulau Pangkor . 
Kali ni meh nak share , tau tak , kitorang pergi Pulau Pangkor berapa 
ratus jek ?? Hanya RM 102 ! Wuuu , Super duper murah an ?  

Kitorang pi trip satu bas , 44 orang , RM 102 tu termasuk bas , feri , tempat tinggal . 
Makan , minum , main kat sana , bas kat pangkor lain kira.  Keluar belanja sendiri , tapi sokeylah , kira memadai la  RM102  tu  untuk 3 hari 2 malam kan ..  

Ni resort kitorang menetap selama 3 hari 2malam tu, Hornbill resort . Nilah tempat paling murah yang diservey , Tapi sesuai la kan dengan harga , tempat pun tak seberapa  . hehe. Sokeylah asal boleh berteduh darii panas dan hujan , haha. 

Tengah tu kak Amal , dia lah yang sponser satu lagi bilik , so dia ajak la kitorang duk dengan diia . 6 orang je sebilik ngan kak amal . Kalau bilik lain kena berhimpit . Thanks yaw kak Amal 4sponser bilik tu . hehe !



First day , tak banyak benda pun buat , petang tu  just pergi tempat burung kenyalang . Cari pengalaman bagi burung kenyalang makan . hee . Suka tengok depa bg makan, tapi aku nak buat takut . kahkah . so hasrat nak merasai pengalaman burung kenyalang makan hinggap kat tangan tu terbantut . jadi sokeylah , tengok depa pun dah memadai ,ahaha. 

nah . Nilah tempatnya , kitorang jalan kaki . Dekat je . Huhu



Malam hari - food hunting .





Day 2

Pukul 6.30 pagi dh ada kat depan pantai , berkumpul untuk menyelesaikan misi hari kedua .

 Bawah ni  dengan ahli kumpulan 5 .
( iqbal , syahmi , bella , pekjah ,aisyah , bram ,sya , cuna, wanz, dan fakri )  dekat depan pantai . Masa ni tengah tunggu boat ambik nak pi pulau seberang sana. Nak pi snorkeling , jungle trekking . 



haa, daah pakai jacket life . So pi naik boat dulu yaw.


Ok , dah sampai pulau seberang ,  kat sini kitorang berendam dulu dekat pantai, Abang boat tinggalkan kittorang dekat sini sebelum pi snorkeling dan jungle trekking dekat tempat lain pulak .




Lama gak la duk main kat sini . Kitorang pergi awal , balik paling lambat  sebab abang drive boat tu lambat ambik kitorang . Tapi sokey je , pengalaman tu penting ,  hee .

Tengah tunggu boat yang tak sampai-sampai tu , kitorang bergambar kenangan reramai . Ada pakcik tawarkan diri ambik gambar kitorang , so apa lagi , jom snap gambar ! 


ok . Done , Tengah kelaparan sambil goyang kaki makan roti , beberapa minnit lepas tu bot sampai , Ok , kali ni tak shabar nak snorkeling . 

haaa. gambaar atas ni selepas snorkeling , First time snorkeling best gak , tapi takleh blah kaki tak berpijak kat tanah , walauupun pakai life jacket rasa cam nak mati lemas dalam tu , jacket tak ketat. Tapi serius seronok sangat dapat bagi ikan makan . ( *kena bawak roti ) 
Masa snorkeling tu bg ikan makan roti , so nampak la ikan banyak-banyak datang kat kita ,

Ok , ni nak pesan , kalau nak snorkeling tu better bawak kasut crock , masuk dalam air , baru kaki tak rasa sakit . Sebab dalam tu banyak benda tajam-tajam , So berhati-hati ya ! Batu kat sana jugak banyak licin .

Huh . Selesai snorkeling , jom pi jungle trekking pulak ! 




Semua dah penat , tapi hati banyak gembira woo . Haa, Muka pun dah burn terok . haha .

~~~~ sambil syok duk jalan ~~ 
tetiba nampak satu lagi pulau . 
Hoorey ! Penat lelah berbaloi dapat tengok keindahan alam lagi . 

Ok , ni tempatnya .

Masa ni duduk n  mampu tengok je . Tak larat nak terjun dalam pantai tu lagi . haha.
Selang dalam beberapa minit , bot pun dah sampai nak bawak kitorang balik . 


-Perut pun dah lapar , badan pun dah penat, so rest kejap dekat resort sebelum  mulakan misi yang seterusnya -

Yeah . Jam menunjukkan puukul 4.3o, so kitorang siap-siap nak pi shopping n melawat tempat menarik pulak ! 

Jom kita ke pekann ,shopping !- Bayar satu van RM 20 . Naik dalam 8  orang gitu so share la ya duit tu . 

Lepas duk syok shopping , sudah tiiba masa untuk serang kubu Belanda . Haa  .. pergi ke sana hanya jalan kaki tau dari pekan ke Kubu Belanda . lama gak ah . Aasyikk duk tanya je dalam hati , 
"lama lagi ke nak sampai ", haha. sebab skru kat lutut dah nak tercabut . 

jalan punya jalan , akhirnya ! 

berbaloi la jalan jauh tengok-tengok tempatnya menarik untuk diambil gmbar kenangan .

So apa lagi , kat sini lah paling banyak ambil gambar . kekeke.  Phone memory penuh dalam sekelip mata !

Nah belanja gambar sikit . hehe


Kitorang paling awal sampai , so group first yang menguasai tempat ni
( sebelum depa datang , kita bergambo dulu , kalau tak sat lagi malu nak posing ) haha !






 bergambo reramai sebelum balik , harii pon dah gelap .

Misi berjaya untuk pagi dan petang !
( call pakcik van suruh ambik kat sana , keluarkan Rm20 share la 
untuk 8 orang )
- sampai kat resort , tunggu detik malam pulak untuk misi seterusnya -

Malam hari - Kita Bbq , Halaqah depan pantai menggunakan unggun api sampai detik 4 pagi ! 

Yeke sampai pukul 4 pagi ? haha . Tak pun , sampai pukul 2 pagi je mampu bertahan , then yang perempuan semua masuk bilik masing-masing . 

Ok , nak cerita kat sini , malam last ni lah yang sedih . Keluaq ayaq mata. Ada yang menangis , yang  bagi nasihat , yang  komen begini begitu . Allah sebak sangat malam ni . Dengar pengorbanan kak Amal bawak kitorang pi sana banyak halangan memang mata masuk habuk .

 Then dengar pulak sorang-sorang bagi nasihat , Allah terharu ! Then , ada part aku nangis , kes aku terasa , cuba bayangkan lelaki tegur pasal aurat wanita , ( tuju dekat semua wanita ) ni aku memang  nangis , sebab ad dalam satu  gambo aurat aku nampak ,  tak sengaja :'( Moga Allah tutup hijab mereka.. 

Lepas duk lepakk makan , minum green tea , introduce apa semua tu , sebelum ke bilik untuk lena , kitorang salam-salam dulu , meminta maaf sesama sendiri . ye la kan , mana tahu ada yang tak berpuas hati, so nilah masa untuk bermaaf-maafan , hukhuk ,  

Air laut  dah pasang , ombak pun dah membadai , badan pun sudah terasa penat , mata pun kian kuyu , last penutup malam tu , geng lelaki pun menyanyi sambil zakwan memetik guitar . oyeah, ( semua boleh masuk bintang mencari bintang  , ) haha . gurau2 .  Selesai depa menyanyi , yang puan ni pi masuk resort ,  tinggalkan depa bersihkan kawasan . huhu . 


Lastt daa ...

Day 3

Hari last , confirm nak buat benda yang kita tak pernah cuba lagi kan . pergi ke Pangkor tak lengkap kalau tak  cuba main aktiviti dalam ayaq . Lama dah nak try main benda tu semua , last-last termakbul gak  . haha . seronok ! Awesome !  Main benda extreme . perghh . thorbaek .

Tengah tunggu makanan 

Taklimat sebelum mulakan aktiviti 

Haa ,Aktiviiti airhead ni paling kaw-kaw , syok sangat ( *kena meniarap atas pelampung tu and tangan kena pegang kuat-kuat tempat memgang . Ingat boleh la tahan sampai last , tup-tup jatuh gak lam laut . Sorang terbang sana , sorang terbang ke sini , sorang lagi terbang ke situ . ingatkan dalam n lemas dah , rupanya tak seperti yang disangka . ALhamdulillah . haha

 Ni aktiviti kedua , Naik Marble boat . uhhuuu . Best gak ni . Senang cerita semua best la . Rugi kalau tak cuba ! Asyik menjerit je *sebab takut * haha..


Satu lagi tak tertunai nak main , iaitu banana boat ! haha . Kena postponed dulu haritu sebab barang takde . Tapi sokeylah . Dapat main tu pun alhamdulillah dah. Haa . Harga main 2 aktiviti tu RM30 je ,


Hoorey ! Misi 3 hari 2 malam selesai di Pulau Pangkor . Short Vacation - Sem 1 - Upsians

walaupun  ada yang berlainan course  dan kelas , 
ukhuwah kita bina bukan hanya di duniawi,
ukhuwah kita bukan setakat ini ,
diam bukan bereti tidak mengingati ,
dalam hati dan doa sentiasa mengiringi .



















No comments:

Post a Comment