Monday, 29 June 2015

Al -Quran

Kenapa kita perlu baca Quran dalam bahasa Arab meskipun kita tak memahaminya....

Ini adalah sebuah cerita yang indah.

Ada seorang lelaki Muslim yang telah tua 👴 tinggal di sebuah ladang di pinggiran sebuah bukit bersama seorang cucu lelakinya yang masih belum baligh 👦. Setiap pagi selepas solat subuh 🌄 datuk ini akan duduk di meja dapurnya sambil membaca Al-Qur'an 📖. Cucunya yang gemar meniru perbuatan datuknya dalam banyak perkara juga membaca Al-Qur'an yang telah dihadiahkan dan diajar kepadanya. Suatu hari si cucu bertanya, "Atok! Adik cuba baca Qur'an macam Atok tapi Adik tak faham dan apa yang adik tak faham Adik cepat lupa. Adik lupa  sebaik saja tutup buku Qur'an ni. Apa gunanya baca Qur'an macam tu? "

Datuknya tanpa menjawab sepatah pun soalan cucunya itu bangun dengan perlahan untuk mencapai sebuah bakul rotan yang terkait rapi 👜, guna untuk menyimpan arang dapur. "Nah, ambil bakul arang ni ke sungai dan bawa balik air sebakul ke sini."

Cucunya segera ke anak sungai  berhampiran  dan menceduk air sungai dengan bakul arang tersebut. Malangnya semua air cedokan tadi meresap keluar 💦 sebaik dia sampai ke rumah. Datuknya tertawa 😄 dan berkata, "Adik kena cepat sikit lain kali," dan menyuruhnya kembali  ke sungai untuk cubaan kedua. Kali ini si cucu berlari laju 🏃, tetapi bakulnya kosong juga tanpa air sebaik dia sampai ke rumah. Dengan termengah-mengah, dia memberitahu datuknya bahawa adalah mustahil 😰 untuk bawa air dengan bakul  dan dia terus pergi untuk mengambil baldi. Datuknya berkata, "Atok tak nak air dalam baldi, Atok nak dalam bakul ni juga. Adik belum usaha sedaya upaya lagi," dan dia pun bergegas ke pintu untuk melihat cucu kesayangannya mencuba sekali lagi.

Tatkala ini, cucunya sudah dapat merasakan bahawa itu adalah pekerjaan yang sia sia 😡, tetapi dia masih mahu membuktikan kepada datuknya, walau dia berlari sekencang mana pun, airnya pasti meresap keluar dan bakulnya tetap  kosong sebaik dia sampai ke rumah. Dia pun mencedok air sungai dan berlari sekuat hatinya, tetapi sebaik dia sampai di hadapan datuknya bakulnya sudah kosong tanpa air. Dengan termengah-mengah dia berkata, "Tengok ni Tok, apa gunanya!?"

"Oh Adik ingat tak berguna ya?". Datuknya berkata lagi, "Tengok bakul tu."

Cucunya melihat pada bakul dan buat pertama kalinya dia perasan bahawa bakulnya nampak kelainan. Bakul tersebut sudah bertukar dari bakul arang yang hitam kotor kepada sebuah bakul yang bersih, luar dan dalam.

"Cu, itulah yang terjadi bila kita baca  Qur'an. Kita mungkin tak faham dan tak ingat apa yang kita baca, tapi bila kita baca, kita akan dibersihkan, luar dan dalam. Itu adalah urusan Allah dalam mengatur kehidupan kita."

Cucunya terkebil-kebil menganguk. Hebat kisah ini.

Kalau ceritanya membuat anda juga terkesan maka kongsilah dengan kawan /sahabat / saudara-mara.

Sharing is caring 😊

No comments:

Post a Comment