Tuesday, 5 May 2015

قال اللَّه تعالى : { يا أيها الذين آمنوا اتقوا اللَّه، وكونوا مع الصادقين } . ِ

Aku ingin menjadi muslimah itu,
Di saat remaja lain sibuk mengejar cinta manusia,
Dia juga sibuk mencari cinta,
Tapi bukan cinta manusia yang dihauskannya,
Bahkan ia cinta yang agung,
Cinta pada Ilahi.
.

Aku ingin menjadi muslimah itu,
Di saat yang lain menyerah hati kepada sang ajnabi,
Dia tunduk menahan panahan syaitan,
Buta dengan pujuk rayu sang lelaki,
Tidak mudah terperangkap dengan cinta yang sementara,
Yang tidak kekal buat selamanya.
.

Aku ingin menjadi muslimah itu,
Di saat ramai yang berlabuh di kala malam menginjak,
Dia berlabuh di hamparan sejadah,
Menangisi dosa-dosanya yang tidak diketahui,
Memaafi yang zalim terhadapnya,
Tekad dalam menggapai mardhotillah.
.

Aku ingin menjadi muslimah itu,
Di saat remaja menangis kerana kecewa cinta manusia,
Takut tersalah dalam meletakkan cintanya,
Kerana dia tahu,
Cinta itu membutakan hati,
Di kala cinta Allah dibelakang kan.
.

Aku ingin menjadi muslimah itu,
Di saat remaja sibuk menggayakan fesyen semasa,
Dia sibuk mencari kain yang tebal,
Demi menutup perhiasan diri,
Tidak mahu menambah dosa,
Kerana tidak mahu menjadi penghuni neraka.
.

Aku ingin menjadi muslimah itu,
Di saat yang lain bebas berkata,
Dia menjaga tutur katanya,
Bibirnya selalu dibasahi dengan zikrullah,
Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran,
Yang memancarkan keluhuran nurani.
.

Aku ingin menjadi muslimah itu,
Di saat yang lain hanyut dalam buaian nafsu,
Dia menyemai permata iman dan sepohon taqwa,
Agar dapat berteduh dari kepanasan nafsu,
Yang membakar diri ke jalan yang salah

#Mujahidah

No comments:

Post a Comment