Tuesday, 17 March 2015

PMGK

Assalamualaikum ,

Yeaaayyy ! Alhamdulillah . Tahun ni berpeluang gi Perkampungan Menara Gading peringkat Kebangsaan


Hanya 40 orang yang dapat  pergi  mewakili setiap negeri . Penyertaan daripada 13 buah negeri  menunjukkan  penyertaan sangat memberangsangkan .

Program ni diadakan di Unisel selama 4 hari 3 malam .

Kitorang dari Kelantan bergerak pukul 11 malam  supaya   sampai di Unisel  sebelum  pukul 9 pagi .
Perjalanan lebih kurang 7 /8 jam . Pukul 8 am lebih ,akhirnya sampaii ke destinasi .

________________________________________________________________

Mula –mula sampai rasa hambar . Seriously hambar . Haha . Aku nampak kosong je , takde orang ! Tempat pun ,tak menarik bila mula-mula sampai! hahahaha . Hanya dari Kelantan yang dah sampai . Negeri yang lain tak muncul-muncul. Lepas siap diberi bimbingan oleh Kak Nida dan Abang Saif tentang niat utama nak datang , *haaa (niat lagi)  baru rasa up balik semangat J

*Apa-apa pun niat yang penting ! Ala kullihal semua perkara kena niat betul-betul*

--------------------------------beberapa  jam kemudian ------------------------------------------

Start lah datang rombongan tu , rombongan ni dari negeri masing-masing . Pendaftaran dibuka .
Sambil-sambil mendaftar , maka bersuai kenal lah dengan mereka  . Haaa . Mula-mula nak kenal tu hmm, al-maklumlah semua malu-malu kucing . Bila dah start borak , huh. Paham-paham sendiri .

Serious suka dapat kenal-kenal dengan mereka  . Kebanyakan adik-adik la . Lepasan SPM yang ramai join . Kenal dengan orang Sarawak , sabah , maka sesi bertukar  loghat terjadi! haha ..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas daftar , dapat bilik masing-masing. Berpecah lah kami semua . Satu bilik lain-lain negeri , mula-mula agak akward lah .
Aku dapat adik Dayang (negeri Johor) , adik Fatini ( Kedah ) , adik Rania (Perlis ).

Alhamdulillah , depa baik-baik , juruh-juruh je macam aku J ahaha .
Memang kena rush , tak nyempat nak kenal sangat . Lepas letak beg , kenal-kenal nama dan negeri , kitorang pun gerak terus .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Diberi briefing sikit oleh akak-akak fasilitator ,

Lepas briefing , gerak gi dewan .
*jauh gila dewan dengan penginapan . Memang penat berjalan *

Duk dalam dewann , dengar  abang  bagi atucara program ,

tetiba…..

OMG … Kena duduk dalam dewan sampai malam !
* yang dari Kelantan semua tak mandi lagi . ahahahaha .  *
Nak buat camne kan , kena lah ikut program tu sampai malam .
*Semua orang Kelantan bau wangi-wangi , tak mandi pun bau wangi . ahaha :P


Lepas diberi sedikit briefing tentang atucara , maka pembahagian kumpulan dimulakann…

_____________________________________________________________________

Masuk dalam kumpulan tetiba …………………

Ehhhh ,, Kimi se grup dengan aku ! .
Yang lain semua negeri  berlainan .

Grup aku dikendalikan oleh kak Azzahra , maka kitorang pun mulakan sesi bertaaruf .

Group aku group ICL – Imperiale Collage London .
Mahasiswa/I  ICL ialah ;
- Irfan ( abang Long )
- Kimi  ( abang Ngah )
- Aku ( Kak Yong )
- Syida ( Kak Ngah )
- Aisyah ( kak lang )
- Huda ( Kak Chik )
- Ain ( adik )
- Nora ( kak su )

Okey , depa ni semua grup ngan aku , semua lepasan SPM . Aku sorang je lepasan STAM . huh . Sadis L
ahaha . Apa-apa pun aku enjoy duk ngan diorang . adik-ll yang sporting :)
*Ukhuwah bersama takkan putus walaupun dah habis PMGK okey ? * :*.

Rindu gila dengan depa  semua . Salam Rindu :*

Banyak yang aku belajar daripada modul-modul yang diadakan .

 Yang paling sedih ,part bersama kumpulan untuk malam terakhir ! Serius , sedih gila , bila akak Azzahra suruh buat surat /kad yang tecantik untuk kali terakhir pada kumpulan .  Malam tu semua tidur lewat kes nak bbuat bendalah ni .  Akak bagi setengah jam untuk buat , tapi ada yang tak siap , so akak bagi sejam.

Bila semua dah siap buat kad paling cantikk, akak pun kutip .

Then ,dengan rakusnya , kak Azzahra pun ……zaaaappppp……….KOYAK !

Ya Allahhh .. semua keluuuuuuuu .. tak tahu nak cakap apa . Kenapa tetiba akak KOYAK ? tadi akak suruh design cantik-cantik , tetiba akak koyakkan . Memang  semua  pelikkk dan tak mampu bersuara .

Akak Azzahra : kenapa akak koyakkan  kad adik-adik ?

Kitorang hanya diam membisu . Hanya tuhan yang tahu betapa sedihnya buat kad tu dengan penuh rasa semangat , cinta , tetiba kena koyak gitu je . Siap ada yang lukis lagi .

Lepas akak cakap itu ini , maka sesi menangis  bermula :’(
Serius sedih gila .

Soo , daripada modul ni , aku boleh katakan yang ;
- Kita kawan jangan setakat ni je , Kalau kawan kena keep and touch berterusan . Ukhuwah tu tak terputus dek jarak , jika ukhuwah main-main , akan jadi cam kertas tu , senang untuk dikoyakkan . Jika berkawan lillahitaala , inshaAllah ukhuwah terus kukuh . jangan jadi cam kertas , hanya ada pada tulisan , tapi tak simpan dalam hati.

Salam Sayang dari  Kak Sheyra untuk adik-adik ICL , serius rinduu korangg . :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SIDANG PARLIMEN .
haaa..  yang ni pun termasuk modul yang mantap J. Hehe

Malas nak hurai , tapi apa yang dapat kat sini lebih daripada PMGKEL 5-7 mei ari tu . Yang ni ramai-ramai jadi ahli parlimen , bantah hujah , berdebat , bagi idea . Memang best ahh
 .* Semua berkelayakkan menjadi ahli dewaN Nampak J .
Siapa yang bercita-cita nak jadi ahli Parlimen tu confirm suka gila-gila buat pendedahan camni .

______________________________________________________________________________

KEMBARA IPT

Kembara IPT dibahagikan kepada 2 grup .

Group pertama  budak agama aliran Sains ,
Group kedua selain budak agama aliran sains .

Bila dah dibahagikan kepada group , dibahagikan pulak kepada  2 bas aliran sains .
Yang lain 3 bas .

2 bas Yang aliran sains gi melawat Universiti Malaya ( UM ) dan  HELP university .

2 bas Bukan sekolah agama dan bukan aliran sains gi melawat Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ) , UNIKL BMI  dan Kolej Darul Hikmah .

1 bas gi melawat Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) . * Satu tempat kes jauh sikit *

Okey , aku masuk lam group UM dan Help . Memang torbbaaiiikk lahh aku kata . First time jejak kat sana kann , so dapat lah pelbagai experience . Gi sana diorang bawak gi jalan-jalan kenal-kenal library , Akedemi Pengajian and so on . 

Grup  yang lain pun cakap best tempat yang diorang pergi .

Yang aku boleh cakap , kalau belajar kat mana-mana pun , tak kisah , asal niat nak belajar sungguh-sungguh dan nak berguna kepada masyarakat !

________________________________________________________________________

Sooooooo,, khulasohnyaa ……..
Thank you untuk semua penggerak-penggerak program , Abang –abang , kakak-kakak yang  berusaha sehabis keringat dan tenaga untuk memuaskan hati-hati kami. Walaupun ada kekurangan , its okey .

Yang penting  alhamdulillah , pengisian program sangat menarik. 

#Mahasiswa Bitara Melestari Citra Kepimpinan Islam !
#Hidup Biar Berjasa

Nak Video yang nyanyi lagu PMGK  ramai-ramai time last tu :(
Dalam utube takde .  Nanti masukkan eh

Akhirnya  habis sudah Perkampungan Menara Gading Kebangsaan untuk tahun ni .*nah lanje gambo sikit :D







Wallahualam..



| NUR SYAHIRAH MAT ZAIN |




No comments:

Post a Comment