Wednesday, 1 January 2014

CINTA  ??

Angkat tangan siapa yang bercinta !

Okey Nampak dah , ada orang yang bercinta , ada orang yang tak .

Ni , saya nak share sikit pasal percintaan . Al-maklumlah kan , sekarang zaman canggih , semua ada gadjet smartphone masing-masing kan, so senang je lah korang nak bercrush-crush kan ....

eh ,, jap .. crush tu apa sebenarnya ? aku ada terbaca lah , meaning crush ni;
bercinta hanya untuk suka-suka , sekejap dalam seminggu pun okey dah , pastu tukar pasangan lain .

yeke camtu ? haa . saya tak tahu , orang cakap camtu ..
Kejapp ….  Nak Tanya , suka ke tukar-tukar pasangan ? means , kejap berkongsi kasih dengan orang tu , kejap berkongsi kasih dengan orang ni , apa yang awak nak sebenarnya ?

Nak diri disayangi ?
Nak suka-suka ?
Nak tunjuk yang kau ni dah berpunya ?
Ye lah kan , dah ada crush ni boleh keluar date  ,gi tonton wayang sesame , pegang tangan sesuka , bertepuk tampar dengan gembira , makan orang belanja , kongsi  aurat sesama .  Ke macam mana ?

Kekadang aku terfikir gak , apa yang korang nak sebenarnya ,
Senang –senang  buat  maksiat  tanpa segan , siap show lagi kat orang yang awak duk berpeluk , berpegang tangan , duk post gambar berdua-duaan.


Apa semua tu?
Hanya nak suruh orang tengok yang awak sekarang dah bahagia ?
Okey , sini saya nak cakap , tak salah kalau nak bercinta, cikgu saya pun ada cakap ,

“ kalau awak nak bercinta  ianya tak salah , tapi pastikan cinta yang ada pada laki-laki tersebut tak rapuh, awak perlu tengok agama lelaki tersebut , sekiranya solat 5 waktu dijaga , hubungan dengan Allah nombor satu , hubungan dengan mak ayah okey, jadi cinta dia kepada awak jugak tak rapuh ‘.

 ustazah pulak cakap camni ;
“ Saya dengan husband saya dah lama bercinta , sejak sekolah menengah lagi ,tapi Alhamdulillah sampai sekarang  bahagia . kalau awak nak macam ni jugak , awak semua perlu tengok ciri-ciri pada lelaki tersebut , biar dia letakkan cinta pada Allah dahulu sebelum letak cinta pada manusia . InsyaAllah awak jugak yang bahagia”


Haaa…,So khulasohnya ( kesimpulan ) , kalau nak bahagia , letakkan cinta pada Allah dahulu  !
Yaaa ,nanti awak  akan bahagia selamanya  :D

Jika solat 5 waktu pun dia tinggal ,
mungkin awak juga senang dia tinggalkan .

Oraitt sayangku , Jaga diri elok-II . Raih cinta sang pencipta sebelum meraih Cinta Manusia ;


No comments:

Post a Comment