Friday, 20 March 2015

UKCG

Assalamualaikumm . Hai semuaa..

Hari ni nak cerita sal UKCG.

UKCG tu Ujian Kelayakan Calon Guru


Siapa yang dapat ujian step pertama UKCG ? * Please raise ur hand *

Okey , tak nampak kome angkat , tapi saya ucapkan Tahniah ,
sebab dapat pergi ujian tu . Kalau tak dapat step kedua pun , okey kan . At least ada pengalaman dekat ujian fizikal tu . :D

Ujian fizikal tu , mashaAllah , ponattt sangat-sangat !

Lenguh habis satu badan .
Urat tegangg gila .Nak sujud , nak rukuk time solat pun macam orang tua yang dah tak larat :( haha .


6 ujian yang dikenakan ;

1 ) Pertama ujian bertulis . - Ujian bertulis ni nak uji sejauh mana pemikiran , emosi seseorang guru .

2 ) Ujian kedua kena ukur BMI . - BMI ni ukur berat dan tinggi , Kalau siapa badan ideal , dapat fully
      marks , 20 markah. * Alhamdulillah , aku berat ideal , dapat 20 marks.

3 ) Ujian bangkit tubi bervariasi .- Haa , yang ni ada 4 cara .
* Cara pertama kena baring , then letak tangan di sisi
* Cara kedua kena baring then bangun letak tangan atas lutut
* Cara ketiga baring then bangun letak siku atas lutut .
* Cara keempat baring , tangan dikilas di belakang bahu , then bangun * sini banyak orang fail *

4 ) Ujian lompat kuadran . Yang ni dia bagi 4 petak . kena lompat dalam semua petak tu dalam masa
      1 minit dan dia akan tengok banyak mana lompatan yang awk dapat . *Memang lenguh kaki *

5 ) Ujian Kilas sisi . Ujian kilas sisi ni kena duduk then bangun kilas ke belakang tangan dalam masa
      satu minit dia nak 40 kilas ,Tangan kena betul-betul shoot . Kalau tak markah kena tolak .
*    yang ni nampak senang , bila dah buat , mashaAllah peningg + lenguh dibuatnya , mana tak ,
     macam orang tak betul  bila duk bangun , angkat , bangun angkat tangan ke belakang . Memang           pening lah lepas buat ni *

6 ) Haaa..... ujian ni memanggg mencabar sangat-sangat ! Ujian Bleep test
Ya Allah , Tuhan je tahu macam mana letihnya duk berlari tu , haha.
Nampak senang , duk belari , bila buat sendiri , huh ....
Pitam dibuatnya . * Ramai org cakap ujian askar . haha *

Khulasohnya , semua diatas diuji bila UKCG , Memang penat gila ah , sakit belakang , sakit pinggang , memang semua tu akan  adik-adik rasa . 3 hari lepas tu baru rasa kurang sikit , nak bangun pun susah :(  Mengalahkan org mengandung . kahkah,

Tapi yang penting , sebelum ujian tu pastikan warm up dulu , baru urat tak terkejut .

Okey , tu sajelah , gudluck semua  then tahniah those yang dapat pergi peringkat seterusnya :D










No comments:

Post a Comment